Selangor masih catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 5 Ogos – Lima negeri merekodkan empat angka kes jangkitan Covid-19 hari ini didahului Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Pulau Pinang.

Selangor dan Kuala Lumpur masih kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kes negara yang hari ini mencecah 20,596 kes.

Jika semalam Selangor merekodkan 8,377 kes tetapi angka itu meningkat hari ini kepada 8,549 kes berbanding Kuala Lumpur yang menunjukkan penurunan dari 2,467 semalam kepada 2,163  hari ini.

Secara tidak langsung, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,712 kes kepada peningkatan kes di peringkat nasional hari ini.

Kedah juga menunjukkan peningkatan dengan 1,446 kes berbanding semalam 1,371, diikuti Johor 1,300 (1,162), Sabah 1,062 (949) dan Pulau Pinang 1,022 (867).

Negeri Sembilan juga merekodkan peningkatan kes dengan 989 berbanding 800 kes semalam sementara Perak 916 kes berbanding 662 semalam.

Kelantan pula menunjukkan penerunan kes harian dari 1,003 kepada 772, Sarawak 759 (552), Melaka 622 (508), Terengganu 501 (481), Pahang 426 (558), Wilayah Persekutuan Putrajaya 50 (46), Wilayah Persekutuan Labuan 15 (5) dan Perlis 4 (11).

Related posts

Leave a Comment