Indonesia catat 35,764 kes

JAKARTA 5 Ogos – Indonesia merekodkan 35,764 kes baharu Covid-19 hari inj yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,568,331  .

Di samping itu, sebanyak 1,793 kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 102,375 orang.

Jawa Tengah menjadi daerah yang mencatatkan kes kematian tertinggi, iaitu  466 kes, diikuti Jawa Timur sebanyak 311 kes dan Jawa Barat sebanyak 173 kes.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 39.729 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan  2,947,646 orang .

Related posts

Leave a Comment