Thailand terus catat kenaikan

BANGKOK 5 Ogos – Sekali lagi Thailand mencatatkan rekod baharu apabila jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat kepada 20,920 berbanding 20,200 semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian hari ini berkurangan iaitu 160 berbanding 188, angka tertinggi yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 693,305 dengan kematian pula 5,663.

Sebanyak 20,658 kes melibatkan orang awam (termasuk lapan kes import) dan 262 dalam kalangan banduan penjara.

Bangkok mendahului 10 wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu 4,140 diikuti Samut Prakan 1,326, Chonburi 1,311, Samut Sakhon 1,279, Nonthaburi 754, Nakhon Ratchasima 565, Saraburi 494, Pathum Thani 463, Chachoengsaa 449 dan Ayutthaya 427.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 17,926 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Setakat ini 213,910 pesakit sedang mendapatkan rawatan.

Untuk rekod sejak gelombang ketiga pandemik, sebanyak 664,442 kes dilaporkan dan 446,306 sembuh serta 5,569 kematian manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu, 693,305 kes direkodkan,  473,732 sembuh dan 5,663 kematian.

Related posts

Leave a Comment