98 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Ogos – Sebanyak 96 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dilaporkan hari ini bersama dua kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 65,508 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini, sebanyak 38 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan telah dikenakan kuarantin manakala 20 lagi kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan.

Dalam kalangan kes tersebut terdapat dua warga emas yang berusia 70 tahun ke atas yang belum lagi divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Dua kes import pula sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Salah seorang daripada kes import dikesan sebaik tiba di sini manakala seorang lagi mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment