Kematian tertinggi di Indonesia

JAKARTA 19 Julai – Ketika jumlah kes positif Covid-19 turun kepada 34,257 hari ini, angka kematian pula meningkat iaitu 1,338 menjadikan jumlah keseluruhan 74,920 sementara jumlah kumulatif kes 2,911,733. Kes sembuh pula merekodkan 32,217 orang dengan kumulatifnya 2,293,875 manakala kes aktif sebanyak 542,938. Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 359 kes dengan kumulatifnya 16,195 diikuti Jawa Tengah 278 kes (14.675), Jakarta 250 (10.417), Jawa Barat 82 (7,422) dan  Kalimantan Timur 77  dan kumulatifnya 2.469.  Manakala bagi kes sembuh , Jakarta menambah 12.674 dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 640.136 orang, Jawa…

Read More

Kes di Arab Saudi naik semula

RIYADH 19 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila angkanya menghampiri 1,300 berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 1,055 dan sebelumnya 1,098. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,293 kes dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 510,869. Kes pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 pula seramai 14 orang menjadikan jumlah keseluruhan 8,089 kes. Kementerian juga memaklumkan sebanyak 1,453 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 492,149 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 316 diikuti Makkah 262, daerah Timur 219 dan…

Read More

Patuh SOP juga pengorbanan

PUTRAJAYA 19 Julai – Kesabaran umat Islam di negara ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disifatkan sebagai satu pengorbanan dan jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa semua. Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin, berkata pengorbanan yang tinggi juga ditunjukkan petugas barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan, keselamatan, penjawat awam, sukarelawan dan badan bukan kerajaan bagi melawan wabak Covid-19 yang melanda negara semenjak lebih setahun yang lalu. Muhyiddin berkata, beliau amat menghargai pengorbanan ini dan mendoakan supaya semangat yang dilakukan petugas barisan hadapan dan rakyat secara umumnya…

Read More

40.7 peratus kes bergejala ringan

PUTRAJAYA 19 Julai – Daripada 10,972 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 26 kes (0.2 peratus) adalah daripada  kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Sebanyak 42 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 103 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru) dan 4,464 kes (40.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan). Bagi kategori 1 pula, sebanyak 6,337 kes atau 57.8 peratus tidak bergejala. “Secara keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori…

Read More

Terus cekal, sabar dan bersyukur

KUALA LUMPUR 19 Julai – Umat Islam di negara ini diiharap akan terus cekal, bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesihatan serta kekuatan menyambut Aidiladha pada tahun ini dalam suasana sederhana bersama keluarga tercinta. Demikian harapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Seri Paduka berdua menzahirkan harapan itu semasa mengucapkan selamat menyambut  Hari Raya Aidiladha melalui Facebook Istana Negara kepada seluruh umat Islam di negara ini mahupun di luar negara. Pada masa sama, Seri Paduka Baginda berdua…

Read More

1.4 % petugas divaksin dijangkiti

PUTRAJAYA 19 Julai – Hanya 3,465 atau 1.4 peratus daripada lebih 245,983 petugas kesihatan yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, dijangkiti Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti kes membabitkan kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing tiada gejala dan bergejala ringan, yang membuktikan keberkesanan vaksin. Daripada jumlah itu, 2,327 atau 67.2 peratus dalam kategori 2 manakala 1,132 atau 37.6 peratus dalam kategori 1. Katanya, masing-masing hanya tiga petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 berada di kategori 3 (radang paru-paru) dan 4 (perlu bantuan oksigen) dan tiada…

Read More

Negeri Sembilan catat peningkatan

PUTRAJAYA 19 Julai – Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,340 kes berbanding 771 yang dicatatkan semalam. Selangor masih mengekalkan kedudukan teratas dengan mencatatkan 4,404 kes berbanding 4,828 semalam. Johor pula mencatatkan 876 kes berbanding 808 semalam, Kedah menunjukkan peningkatan dengan 705 kes (696), Pahang 475 (369), Melaka 474 (289), Pulau Pinang 426 (295), Sarawak 301 (261), Kelantan 170 (146) dan Terengganu 144 (123), Sabah pula masih tidak banyak berubah apabila 651 kes dicatatkan berbanding 666 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 609 (945), Wilayah Persekutuan Putrajaya 48…

Read More

Solat Aidiladha di rumah

JAKARTA 19 Julai – Pemerintah Indonesia meminta umat Islam di negara itu tidak menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid atau kawasan terbuka berikutan perintah kawalan yang dikenakan untuk membendung penularan Covid-19. Naib Presiden, Ma’ruf Amin berkata, umat Islam yang tinggal di kawasan yang dikenakan perintah itu – pembatasan kegiatan masyarakat (PPKM) darurat di Pulau Jawa dan Bali serta di daerah zon merah digesa melaksanakan solat berkenaan di rumah. Dalam masa sama, Ma’ruf juga menggesa ibadah korban dilakukan di rumah penyembelihan haiwan sementara pengedaran daging dilakukan dengan menerapkan protokol kesihatan secara ketat.…

Read More

Singapura pula tambah 172 kes

SINGAPURA 19 Julai – Singapura terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila merekodkan 172 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sebanyak 63,241. Menurut Kementerian Kesihatan, 163 adalah kes dalam kalangan masyarakat manakala sembilan lagi kes import. Daripada 163 kes masyarakat, 106 berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala 19 lagi ada kaitan dengan kluster KTV. Daripada 163 kes itu juga, 66 ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin. Sebanyak 71 lagi kes yang terkait kes-kes sebelum ini dikesan menerusi pemantauan manakala baki 26 kes tiada kaitan dengan…

Read More

Thailand terus tambah kes harian

BANGKOK 19 Julai – Thailand hari ini merekodkan kes tertinggi, 11,784 menjadikan jumlah keseluruhan 415,170 dengan angka kematian pula meningkat kepada 3,422 apabila 81 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sejak 14 Julai lalu, jumlah kes meningkat apabila merekodkan 9,317 diikuti 9,186 dan 9,692 pada 16 Julai sebelum naik kepada 10,082 dan semalam 11,397. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 11,774 adalah kes jangkitan tempatan termasuk melibatkan 100 banduan dan 10 lagi kes import. Sejak 1 April, apabila gelombang ketiga bermula, sebanyak 386,307 pesakit Covid19 direkodkan di mana 262,225 pulih manakala…

Read More