Kes di Arab Saudi naik semula

RIYADH 19 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila angkanya menghampiri 1,300 berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 1,055 dan sebelumnya 1,098.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,293 kes dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 510,869.

Kes pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 pula seramai 14 orang menjadikan jumlah keseluruhan 8,089 kes.

Kementerian juga memaklumkan sebanyak 1,453 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 492,149 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 316 diikuti Makkah 262, daerah Timur 219 dan Asir 129.

Sebanyak 10,631 kes aktif direkodkan dan 1,403 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment