BANGKOK 19 Julai – Thailand hari ini merekodkan kes tertinggi, 11,784 menjadikan jumlah keseluruhan 415,170 dengan angka kematian pula meningkat kepada 3,422 apabila 81 lagi dilaporkan meninggal dunia.
Sejak 14 Julai lalu, jumlah kes meningkat apabila merekodkan 9,317 diikuti 9,186 dan 9,692 pada 16 Julai sebelum naik kepada 10,082 dan semalam 11,397.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 11,774 adalah kes jangkitan tempatan termasuk melibatkan 100 banduan dan 10 lagi kes import.
Sejak 1 April, apabila gelombang ketiga bermula, sebanyak 386,307 pesakit Covid19 direkodkan di mana 262,225 pulih manakala sejak pandemik dikesan tahun lalu, jumlah pesakit adalah 386,307 Covid-19 dan 289,651 dilaporkan sembuh.
Jumlah kematian pula 3,328 dalam tempoh gelombang ketiga manakala sejak awal pandemik jumlahnya 3,422.
Sementara itu, 122,097 pesakit sedang menerima rawatan di hospital.
Setakat ini juga jumlah kumulatif vaksinasi adalah sebanyak 14,298,596.