Singapura pula tambah 172 kes

SINGAPURA 19 Julai – Singapura terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila merekodkan 172 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sebanyak 63,241.

Menurut Kementerian Kesihatan, 163 adalah kes dalam kalangan masyarakat manakala sembilan lagi kes import.

Daripada 163 kes masyarakat, 106 berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala 19 lagi ada kaitan dengan kluster KTV.

Daripada 163 kes itu juga, 66 ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin.

Sebanyak 71 lagi kes yang terkait kes-kes sebelum ini dikesan menerusi pemantauan manakala baki 26 kes tiada kaitan dengan kes-kes lain.

Salah satu daripada kes dalam masyarakat adalah seorang warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksinasi.

Sementara itu, sembilan kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Empat daripadanya dikesan sebaik saja tiba di Singapura manakala lima lagi sakit semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment