Negeri Sembilan catat peningkatan

PUTRAJAYA 19 Julai – Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,340 kes berbanding 771 yang dicatatkan semalam.

Selangor masih mengekalkan kedudukan teratas dengan mencatatkan 4,404 kes berbanding 4,828 semalam.

Johor pula mencatatkan 876 kes berbanding 808 semalam, Kedah menunjukkan peningkatan dengan 705 kes (696), Pahang 475 (369), Melaka 474 (289), Pulau Pinang 426 (295), Sarawak 301 (261), Kelantan 170 (146) dan Terengganu 144 (123),

Sabah pula masih tidak banyak berubah apabila 651 kes dicatatkan berbanding 666 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 609 (945), Wilayah Persekutuan Putrajaya 48 (51),Wilayah Persekutuan Labuan 24 (50) dan Perlis mencatatkan satu kes berbanding lima semalam.

Related posts

Leave a Comment