1.4 % petugas divaksin dijangkiti

PUTRAJAYA 19 Julai – Hanya 3,465 atau 1.4 peratus daripada lebih 245,983 petugas kesihatan yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti kes membabitkan kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing tiada gejala dan bergejala ringan, yang membuktikan keberkesanan vaksin.

Daripada jumlah itu, 2,327 atau 67.2 peratus dalam kategori 2 manakala 1,132 atau 37.6 peratus dalam kategori 1.

Katanya, masing-masing hanya tiga petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 berada di kategori 3 (radang paru-paru) dan 4 (perlu bantuan oksigen) dan tiada yang berada di kategori 5 (rawatan ICU).

“Vaksin menyelamatkan nyawa dan kita boleh belajar untuk meneruskan hidup dengan Covid-19 di sekeliling kita,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment