Kematian tertinggi di Indonesia

JAKARTA 19 Julai – Ketika jumlah kes positif Covid-19 turun kepada 34,257 hari ini, angka kematian pula meningkat iaitu 1,338 menjadikan jumlah keseluruhan 74,920 sementara jumlah kumulatif kes 2,911,733.

Kes sembuh pula merekodkan 32,217 orang dengan kumulatifnya 2,293,875 manakala kes aktif sebanyak 542,938.

Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 359 kes dengan kumulatifnya 16,195 diikuti Jawa Tengah 278 kes (14.675), Jakarta 250 (10.417), Jawa Barat 82 (7,422) dan  Kalimantan Timur 77  dan kumulatifnya 2.469. 

Manakala bagi kes sembuh , Jakarta menambah 12.674 dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 640.136 orang, Jawa Barat 5.218 (395.421), Jawa Tengah 3.668  (249.261), Jawa Timur 2.865 (181.631) dan  Yogyakarta 1.335 (63.763).

Jawa Barat merekodkan 7.287 kes positif dan kumulatifnya 523.878 kes, diikuti Jakarta 5.000 (751.312), Jawa Timur 4.423 (243.591), Jawa Tengah 4.042 (325.805) dan Banten 2.166 ( 89.884).

Sementara itu, penerima vaksin dos pertama terus bertambah dan hari ini 422.067 orang diberi suntikan menjadikan jumlahnya 42.095.531 orang manakala penerima dos kedua meningkat kepada 16.400.351 orang termasuk 126.201 yang disuntik hari ini.

Related posts

Leave a Comment