Singapura lapor 26 kes baharu

SINGAPURA: Setelah beberapa hari tiada kes tempatan atau berkurangan, Singapura hari ini kembali mencatatkan kes dalam masyarakat dengan merekodkan lapan kes, jumlah yang tertinggi sejak 27 Jun apabila 12 jangkitan dilaporkan.

Daripada lapan kes itu, tiga kes tanpa ada kaitan kes yang lepas manakala lima  jangkitan yang berhubung kait dengan kes sebelumnya telah dikuarantin.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 kes import dilaporkan hari ini, juga merupakan jumlah harian yang tertinggi sejak 14 Mei ketika 28 kes direkodkan.

Kesemua kes import itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik sahaja mereka tiba di sini.

Sebanyak 13 kes import itu dikesan sebaik mereka tiba di Singapura, sementara lima lagi jatuh sakit semasa SHN atau tempoh pengasingan.

Dengan perkembangan ini, Singapura melaporkan 26 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,718 dengan 36 kematian.

Related posts

Leave a Comment