Filipina catat 5,204 kes baharu

MANILA 12 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,204 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,478,061.

Setakat pukul 4 petang ini juga, 100 pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,015 kematian.

Pada masa yang sama DoH juga merekodkan 5,811 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,402,918 atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula 49,128 atau 3.3 peratus.

Related posts

Leave a Comment