PUTRAJAYA 12 Julai – Selangor masih kekal dengan empat digit dan bermula dengan angka 4 walaupun jumlah kes Covid-19 yang direkodkan berkurangan dari 4,682 kes semalam kepada 4,308 hari ini.
Ini bermakna Selangor menyumbang lebih separuh daripada jumlah kes seluruh negara sebanyak 8,574 kes hari ini.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kembali kepada tiga digit selepas jumlah kes yang direkodkan hari ini turun kepada 609 berbanding 1,247 semalam.
Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan kes berbanding semalam manakala Perlis tidak merekodkan sebarang kes hari ini.
Negeri Sembilan merekodkan pertambahan menjadi 794 berbanding 541 semalam diikuti Kedah 415 (382), Melaka 411 (278), Johor 407 (392), Pahang 314 (300),
Sabah 298 (271), Terengganu 140 (38) dan Wilayah Persekutuan Labuan 66 (54).
Sementara itu Sarawak mencatatkan penurunan iaitu 235 berbanding 270 semalam, Pulau Pinang 231 (243), Perak 168 (207), Kelantan 133 (150) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 45 (49).