Thailand catat 8,656 kes baharu

BANGKOK 12 Julai – Thailand mencatatkan 8,656 kes baharu Covid-19 dan 80 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 345,027 dan  2,791 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada kes baharu, 8,632 adalah jangkitan tempatan, 2,515 daripadanya dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 24 kes import. Sebanyak 73 kes di penjara turut dilaporkan. Sebanyak 80 kematian direkodkan di mana 44 daripada jumlah yang meninggal dunia dilaporkan di Bangkok. Bangkok turut mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,399 kes baharu diikuti Samut Sakhon 591, Samut Prakan 405, Chon Buri 399 dan Pathum…

Read More

Arab Saudi luluskan Sinovac

PUTRAJAYA 12 Julai – Kerajaan Arab Saudi telah memasukkan vaksin Sinovac dalam senarai enam vaksin yang diterima bagi kemasukan jemaah ke negara itu untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. “Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau berkata tidak timbul lagi kerisauan kepada ahli kekuarga yang khuatir tidak dapat menunaikan haji dan umrah kerana diberi Sinovac. “Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan…

Read More

Kes di Saudi kini 502,439

RIYADH 12 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,244 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 502,439 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 7,992 orang termasuk 16 kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 1,523 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 483,937 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 344 diikuti daerah Timur 254, Makkah 200 dan Asir 125. Kes aktif pula sebanyak 10,510 dan 1,434 dalam keadaan kritikal. Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 20 juta dos telah…

Read More

Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 12 Julai – Kes Covid-19 di Indonesia terus melonjak apabila merekodkan lebih 40,000 kes, jumlah tertinggi selepas enam hari berturut-turut mencatatkan angka lebih 30,000 kes. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 40,427 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,567,630 kes. Sebanyak 891 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 67,355 orang. Kes sembuh pula merekodkan 34,754 orang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit…

Read More

Boleh ‘dine-in’ di Sarawak 14 Julai

KUCHING 12 Julai – Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sarawak yang berkuat kuasa 14 Julai ini akan membenarkan ‘dine-in’ di restoran dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Had bilangan pelanggan tertakluk kepada SOP Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH). Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya memaklumkan Sarawak akan beralih kepada fasa kedua PPN selepas mengambil kira nilai ambang yang ditetapkan sebelum ini. Beberapa garis panduan baharu telah dibuat termasuk membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam. Kapasiti tempat…

Read More

Tujuh lagi kawasan PKPD

KUALA LUMPUR 12 Julai – Tujuh kawasan di Johor, Sarawak, Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mulai Rabu ini hingga 27 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Kawasan terbabit ialah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub, Pahang; Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching, Sarawak dan Felda Maokil, Muar, Johor. Selebihnya adalah kawasan di Sabah iaitu Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3, Beaufort; sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah; Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang dan Kuarters…

Read More

Kes harian 8,574, kumulatif 844,870

PUTRAJAYA 12 Julai – Kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 8,574 kes berbanding semalam, 9,105 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 844,870 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, 102 kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 97 warganegara dan empat lagi adalah warga asing berusia antara 29 hingga 86 tahun. Katanya, 46 kes kematian dilaporkan di Selangor; Kuala Lumpur (16); Negeri Sembilan (14); Pahang (tujuh): Johor (enam); masing-masing tiga di Kedah dan Melaka manakala dua kes masing-masing di Sabah dan Pulau…

Read More

Filipina catat 5,204 kes baharu

MANILA 12 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,204 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,478,061. Setakat pukul 4 petang ini juga, 100 pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,015 kematian. Pada masa yang sama DoH juga merekodkan 5,811 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,402,918 atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula 49,128 atau 3.3 peratus.

Read More

Singapura lapor 26 kes baharu

SINGAPURA: Setelah beberapa hari tiada kes tempatan atau berkurangan, Singapura hari ini kembali mencatatkan kes dalam masyarakat dengan merekodkan lapan kes, jumlah yang tertinggi sejak 27 Jun apabila 12 jangkitan dilaporkan. Daripada lapan kes itu, tiga kes tanpa ada kaitan kes yang lepas manakala lima  jangkitan yang berhubung kait dengan kes sebelumnya telah dikuarantin. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 kes import dilaporkan hari ini, juga merupakan jumlah harian yang tertinggi sejak 14 Mei ketika 28 kes direkodkan. Kesemua kes import itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan…

Read More