RESTORAN Hameediyah, restoran nasi kandar tertua di Malaysia berusia 113 tahun, membuka cawangannya yang keempat di Pulau Pinang iaitu Sungai Ara, daerah barat daya.
Pemilik restoran, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor berkata mereka telah menerima banyak maklum balas dan permintaan untuk membuka lebih banyak cawangan berhampiran kawasan perumahan.
Katanya, permintaan itu sedang dipertimbangkan tetapi belum menetapkan lokasi baharu.
Pembukaan cawangan keempat di Pulau Pinang itu disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Cawangan utama Restoran Nasi Kandar Hameediyah di Lebuh Campbell beroperasi semula pada 27 Ogos selepas dipastikan mematuhi kesemua SOP.
Sementara itu, Kon Yeow melalui catatan facebooknya mengucapkan tahniah dan bangga kerana Restoran Hameediyah juga telah menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records sebagai restoran tertua dalam negara baru-baru ini.
Katanya, jenamanya begitu masyhur di negeri Pulau Pinang ekoran resipi nasi kandar yang begitu istimewa.
“Umumnya, berlandaskan keistimewaan masakan di negeri ini, adalah tidak mustahil untuk Pulau Pinang kekal sebagai syurga makanan atau “food heaven” hasil sumbangan perniagaan makanan yang menghidangkan makanan yang sedap serta bersih, “ katanya,