Arab Saudi luluskan Sinovac

PUTRAJAYA 12 Julai – Kerajaan Arab Saudi telah memasukkan vaksin Sinovac dalam senarai enam vaksin yang diterima bagi kemasukan jemaah ke negara itu untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata tidak timbul lagi kerisauan kepada ahli kekuarga yang khuatir tidak dapat menunaikan haji dan umrah kerana diberi Sinovac.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” katanya dalam hantaran melalui Facebooknya malam ini

Katanya, fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk memastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.

Selain Sinovac, vaksin yang disenaraikan adalah Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.

Bagaimanapun Saudi Gazette melaporkan, mereka yang telah lengkap dua dos Sinopharma dan Sinovac perlu mengambil dos penggalak yang diluluskan Saudi.

Related posts

Leave a Comment