Kes di Saudi kini 502,439

RIYADH 12 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,244 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 502,439 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 7,992 orang termasuk 16 kematian yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 1,523 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 483,937 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 344 diikuti daerah Timur 254, Makkah 200 dan Asir 125.

Kes aktif pula sebanyak 10,510 dan 1,434 dalam keadaan kritikal.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 20 juta dos telah diberikan melalui 587 pusat vaksinasi di seluruh negara itu.

Related posts

Leave a Comment