Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 12 Julai – Kes Covid-19 di Indonesia terus melonjak apabila merekodkan lebih 40,000 kes, jumlah tertinggi selepas enam hari berturut-turut mencatatkan angka lebih 30,000 kes.

Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 40,427 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,567,630 kes.

Sebanyak 891 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 67,355 orang.

Kes sembuh pula merekodkan 34,754 orang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan

pesakit yang pulih meningkat kepada 2,119,478 orang.

Selain itu, pemerintah republk berkenaan juga mencatat bahawa kini terdapat 170,101 orang yang berstatus suspek Covid-19.

Sehingga kini, terdapat 510 daerah dan kota yang terjejas akbat pandemik itu di 34 provinsi, iaitu lebih dari 99 peratus wilayah di Indonesia berdepan penularan virus korona.

Jakarta  mencatat rekod baharu penambahan kes Covid-19 iaitu sebanyak 14,619 kes.

Kes positif di Jakarta kini 662.435 dan 9.409 meninggal dunia, Jawa Barat 452.010 dan 6.486 kematian, Jawa Tengah 291.541 dan  12.872 kematian dan Jawa Timur 194.361 dan meninggal 14.107

Related posts

Leave a Comment