Boleh ‘dine-in’ di Sarawak 14 Julai

KUCHING 12 Julai – Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sarawak yang berkuat kuasa 14 Julai ini akan membenarkan ‘dine-in’ di restoran dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan

Had bilangan pelanggan tertakluk kepada SOP Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya memaklumkan Sarawak akan beralih kepada fasa kedua PPN selepas mengambil kira nilai ambang yang ditetapkan sebelum ini.

Beberapa garis panduan baharu telah dibuat termasuk membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Kapasiti tempat kerja hanya dibenarkan 50 peratus melibatkan bahagian pengurusan dan operasi.

Bagaimanapun aktiviti hiburan, pelancongan, sosial, sukan dan rekreasi masih tidak dibenarkan.

Sementara itu, garis panduan untuk aktiviti keagamaan melibatkan rumah ibadah akan ditentukan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR).

Related posts

Leave a Comment