Darurat Sarawak jaga kebajikan rakyat

KUCHING 31 Julai – Proklamasi Darurat Sarawak seperti diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan pendirian kerajaan negeri untuk memastikan kehidupan rakyat terus terjaga dan terbela, kata Ketua Menteri, Abang Johari Abang Openg. Katanya, pendirian kerajaan negeri itu adalah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat serta menegakkan amalan demokrasi berparlimen di negeri ini. Beliau berkata, dengan pengisytiharan itu, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dapat ditangguhkan sehingga data saintifik daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan memberi jaminan Covid-19 tidak lagi memudaratkan keselamatan rakyat. Katanya, seluruh jentera…

Read More

PICK suntik 20 juta dos vaksin

PUTRAJAYA 31 Julai – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari lalu hingga semalam, kata Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 adalah suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua. “Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata, sebanyak 512,097 dos diberikan semalam, dengan 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.…

Read More

Saudi buka semula pintu pelancong

RIYADH 31 Julai – Selepas menutup pintu selama 17 bulan berikutan pandemik Covid-19, bulan, Arab Saudi bakal membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap, bermula esok, 1 Ogos. Saudi Press Agency melaporkan, Kementerian Pelancongan mengumumkan negara akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan pemegang visa pelancong. Pengembara yang sudah menerima imunisasi lengkap dengan suntikan vaksin diluluskan Arab Saudi – Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson – akan dibenarkan untuk memasuki negara ini ‘tanpa perlu menjalani kuarantin di institusi kuarantin.’ Namun,…

Read More

Lagi 3 kes import Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 31 Julai – Tiga lagi kes import dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 336 orang dengan tiga kematian. Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 195 adalah kes import. Dua kes baharu yang dilaporkan semalam , lelaki 29 dan 33 tahun adalah terdiri daripada lima anak kapal MMA Privilige, yang masih menjalani kuarantin. Dengan perkembangan ini, bermakna 15 daripada sejumlah 18 kru kapal MMA Privilige didapati positif dan tiga lagi masih menjalani kuarantin. Satu lagi kes melibatkan seorang wanita, berumur…

Read More

10 kluster baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Julai – Sepuluh kluster baharu direkodkan di Singapura  semalam yang menjadikan 63 kluster masih aktif dengan setiap satunya mempunyai antara tiga hingga 999 jangkitan. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kluster 105 Henderson Crescent diisytihar tamat kerana tiada lagi kes yang berhubung kait dengannya selama dua tempoh pemeraman terakhir. Kluster Zuellig Pharma pula mempunyai enam kes, kluster Restoran Samy Curry 49 kes, kluster Kasino Marina Bay Sands 54 kes. MoH juga menyatakan jumlah keseluruhan kes baharu dalam masyarakat berkurangan daripada 961 kes pada minggu sebelumnya kepada 878 kes  minggu lalu.…

Read More

Lanjut darurat, PRN Sarawak tangguh

KUCHING 31 Julai – Proklamasi Darurat yang berakhir pada Ahad, 1 Ogos 2021 akan diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari depan yang secara tidak langsung dapat mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika pandemik Covid-19. Satu proklamasi baharu dipersetujui Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada Khamis lalu dan diterbitkan dalam warta kerajaan semalam. Namun proklamasi ini akan terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Menurut warta tersebut, Seri Paduka Baginda…

Read More

Jangkitan seperti campak?

WASHINGTON: Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS), memberi amaran varian delta boleh mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan mudah berjangkit antara satu sama lain seperti demam campak dan cacar air. Menurut Pengarah CDC AS, Dr. Rochelle Walensky, satu data dalaman menunjukkan orang yang telah divaksin sepenuhnya mungkin dapat menyebarkan varian itu pada kadar yang sama dengan mereka yang belum mendapat suntikan vaksin. Beliau berkata, ini adalah sesuatu yang serius, dan memerlukan langkah-langkah kawalan yang cukup terperinci untuk mengawal varian ini. CDC dijadualkan menerbitkan data bagi menyokong…

Read More

AS$100 : Minnesota ikut jejak New York

SELEPAS New York menawarkan AS$100, Minnesota turut menawarkan insentif yang sama kepada warganya yang mendapat vaksin Covid-19 sehingga pertengahan Ogos. Di samping itu, bermula Jumaat, warga Minnesota yang berusia 12 tahun ke atas yang mendapat suntikan pertama mereka sehingga 15 Ogos juga diberi ganjaran berupa kad visa dengan nilai AS$100 di dalamnya. Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini terpalit dengan ancaman berita palsu yang menyebabkan program vaksinasi di negara itu kurang mendapat sambutan. Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengumumkan pada Rabu, New York City akan menawarkan AS$100…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.12

PUTRAJAYA 31 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan dengan merekodkan bacaan 1.12 semalam berbanding 1.15 pada Khamis. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan di mana Terengganu dan Kelantan mencatatkan kadar tertinggi, masing-masing dengan 1.29. Ini diikuti Sabah 1.25 Kedah dan Perak masing-masing 1.22, Pulau Pinang dan Johor masing-masing 1.18, Putrajaya 1.16, Pahang 1.13 dan Kuala Lumpur 1.12. Negeri yang di bawah purata kebangsaan termasuk Selangor 1.08, Sarawak 1.05, Melaka 1.03 dan Negeri Sembilan 0.90. Perlis dan Labuan masing-masing mencatat 13 dan tujuh…

Read More