Perintah berkurung mengejut Brisbane

BRISBANE: Bagi membendung penularan varian Delta, bandar ketiga terbesar di Australia, Brisbane serta beberapa kawasan lain di wilayah Queensland memulakan perintah berkurung mengejut Covid-19 mulai pukul 4 petang hari ini , 31 Julai.

Penduduk di bandar itu dan beberapa kawasan lain akan dikenakan perintah duduk di rumah selama tiga hari sehingga pukul 4 petang 3 Ogos 2021.

Timbalan Ketua Menteri wilayah itu, Steven Miles berkata, satu-satunya cara untuk melawan varian Delta adalah dengan bergerak cepat, pantas dan kuat.

Enam kes baru dilaporkan pada Sabtu dalam satu kluster varian Delta yang pada mulanya dikaitkan dengan seorang pelajar sekolah, menyebabkan para pelajar dan guru di dua sekolah diasingkan.

Penjujukan genom mengaitkan kelompok tersebut dengan pengunjung luar negara yang dikuarantin di hotel tetapi sumber tepat jangkitan masih belum.

Dalam “langkah sekatan paling ketat” yang dilaksanakan di bandar itu, penduduk hanya akan dibenarkan keluar dari rumah mereka atas urusan penting, termasuk membeli bahan asas dan bersenam.

Perintah berkurung mengejut di Brisbane itu dilaksanakan sejurus setelah Sydney,  dan kawasan sekitarnya memasuki minggu kelima langkah sekatan dengan pihak berkuasa bergelut untuk menghentikan penularan varian Delta.

“Kita tidak boleh sambil lewa hanya kerana kita sudah menunjukkan prestasi agak baik sejauh ini. Kita semua harus mematuhi sekatan ini,” tegas Miles.

Sydney mencatat 210 kes tempatan baru pada Sabtu, susut sedikit berbanding jumlah rekod yang dicapai pada awal minggu.

Dengan hampir hanya 14 peratus penduduk yang sudah selesai divaksin, pihak berkuasa di seluruh negara terus bergantung pada langkah sekatan untuk mengurangkan pergerakan dan memperlahankan penyebaran virus.

Related posts

Leave a Comment