8,147 kes baharu Filipina

MANILA 31 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,147 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan meningkat kepada 1,588,965.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 167 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 27,889 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,500,189 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Hari ini, sebanyak 9,117 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Kes aktif yang direkodkan adalah 60,887.

Related posts

Leave a Comment