Lima negeri lebih 1,000 kes

PUTRAJAYA 31 Julai – Lima negeri masih merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19 dengan Selangor mendahului diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kedah.

Perlis pula semakin menunjukkan peningkatan walaupun jumlah yang kecil iaitu 16 kes berbanding 13 semalam.

Selangor merekodkan 6,400 kes, meningkat jika dibandingkan 6,092 semalam, Kuala Lumpur 1,962, turun berbanding 2,114 semalam, Kedah 1,389 (1,281), Johor 1,144 (1,104) dan Sabah 1,035 (1,066).

Negeri Sembilan juga menunjukkan penurunan kes harian hari ini dengan merekodkan 929 berbanding 1,079 semalam manakala Terengganu 883 kes berbanding 258 semalam.

Lima negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 775 (810), Pulau Pinang 713 (689),  Melaka 697 (581), Pahang 653 (540) dan Kelantan 580 (656).

Sarawak merekodkan 485 kes (450), Wilayah Persekutuan Putrajaya 116 (100), dan Labuan 9 (7).

Related posts

Leave a Comment