Rekod tertinggi di Thailand

BANGKOK 31 Julai – Thailand mencatatkan rekod baharu hari ini apabila jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 18,912 kes dengan 178 kematian, kedua-duanya angka tertinggi setakat ini.

Jumlah tertinggi sebelum ini adalah 17,669 kes dan 165 kematian yang dilaporkan pada Khamis lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 597,287 orang dengan 4,857 kematian.

Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 18,102 melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 810 dalam kalangan banduan penjara.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 10,750 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Sejak 1 April lalu, bermulanya gelombang ketiga, terdapat 568,424 pesakit Covid-19 di mana 364,494 dilaporkan sembuh dan kematian pula 4,763 orang.

Perangkaan sejak pandemik bermula awal tahun lalu, sebanyak 597,287 kes dilaporkan dan 391,920 kes sembuh dengan 4,857 kematian.

Setakat semalam, 200,510 sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment