120 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Julai – Singapura melaporkan 117 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 64,981.

Sebanyak 67 kes tempatan berhubung kait dengan kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin, lapan berhubung kait dengan kes sebelumnya dikesan melalui ujian pengawasan dan 42 kes tiada hubung kait dengan kes-kes lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 26 kes berkait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim manakala satu berhubung kait dengan kelompok KTV.

Berikutan perkembangan ini kluster Pelabuhan Perikanan Jurong kini meningkat kepada 1,025 kes dan kekal sebagai kluster aktif terbesar di negara ini.

Dalam kalangan kes baharu hari ini, tujuh merupakan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau sudah menerima dos suntikan pertama dan berisiko menghadapi penyakit serius.

Sementara itu, tiga kes import sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di negara ini.

Satu kes import dikesan sewaktu ketibaan individu itu manakala lagi dua mengalami penyakit ketika menjalani tempoh SHN atau pengasingan mereka.

Related posts

Leave a Comment