SINGAPURA 28 Jun – Sebanyak empat kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan lima kes import dilaporkan setakat 12 tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 62,544 dan 36 kematian. Kesemua kes dalam masyarakat ada kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikuarantin. Lima kes import pula turut melibatkan dua rakyat Singapura atau Penduduk Tetap yang baru pulang ke sini. Setakat semalam, sebanyak 62,195 pesakit telah sembuh dan 148 masih menjalani rawatan di hospital di mana empat pesakit dalam keadaan kritikal di unit…
Read MoreMonth: June 2021
Turki longgar sekatan 1 Julai
ANKARA: Turki mengumumkan sekatan yang dikenakan berikutan pandemik Covid-19 akan dilonggarkan mulai 1 Julai sebagai sebahagian usaha untuk mengembalikan kehidupan normal secara beransur-ansur. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, perintah berkurung waktu malam dibatalkan sepenuhnya, larangan perjalanan antara bandar ditamatkan, pembukaan semula tempat kerja dan pawagam, manakala kafe serta restoran dibenarkan beroperasi tanpa had pengunjung. Sekatan di kemudahan penginapan juga akan ditamatkan dengan pematuhan kepada penjagaan kebersihan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal. Majlis perkahwinan juga dibenarkan di samping kelonggaran acara seperti konsert, festival, dan kem remaja dengan syarat mematuhi peraturan…
Read MoreKes baharu India 46,148
INDIA pada Isnin, merekodkan 46,148 lagi kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 30,279,331 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 396,730 dengan 979 kematian dicatat sejak pagi Ahad. Ini kali pertama jumlah kes kematian harian dicatatkan di bawah angka 1,000 sejak 14 April lalu. Masih terdapat 572,994 kes aktif di negara ini, dengan penurunan 13,409 kes dalam tempoh 24 jam. Sejak pandemik melanda negara ini, sejumlah 29,309,607 pesakit pulih dan dibenar keluar hospital.
Read MoreDah boleh ‘dine-in’ di Sabah
KOTA KINABALU 28 Jun – Mulai esok, Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel. Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan. Dalam kenyataan pada Isnin, Hajiji turut menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut. Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan. “Selain itu, aktiviti pembuatan dan…
Read More7.4 juta dos suntikan vaksin
PUTRAJAYA 28 Jun – Hampir 7.4 juta dos vaksin sudah disuntik di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Semalam, sejumlah 168,956 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan yang diagihkan 7,395,905. Daripada jumlah itu, lebih 5.3 juta atau 16.3 peratus individu sudah menerima dos pertama, manakala 2.08 juta atau 6.4 peratus lengkap dua dos suntiukan vaksin. Sementara itu, jumlah pemberian vaksin pada Ahad menurun lagi kepada 168,956 dos berbanding 187,877 pada hari sebelumnya. Ia mencatatkan penurunan dua…
Read MoreKetidakadilan bekalan vaksin
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi menegur negara-negara yang enggan berkongsi dos vaksin Covid-19 dengan negara-negara berpendapatan rendah. Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara kaya telah membuka semula kehidupan sosial masyarakat dan memberi vaksin kepada golongan muda yang tidak berisiko tinggi. Bagaimanapun, negara-negara miskin dibiarkan dengan mengalami kekurangan dos vaksin Covid-19. “Dunia telah gagal, seperti mana komuniti global, masyarakat juga dianggap gagal,” katanya pada sidang media di Geneva. Tambahnya, situasi di Afrika menyaksikan jangkitan dan kematian baharu melonjak hampir 40 peratus berbanding minggu sebelumnya. Keadaan itu dianggap…
Read MoreKluster aktiviti jualan nombor ekor
KOTA KINABALU 28 Jun – Aktiviti penjualan nombor ekor haram dipercayai menjadi punca tercetusnya salah satu daripada tiga kluster baharu Covid-19 di Sabah semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun. Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau melibatkan 12 kes kumulatif dengan kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun dikesan positif pada Rabu lepas (23 Jun) dan saringan kontak rapat mengesan 11 lagi kes positif Covid-19. Kluster ini melibatkan penularan kes Covid-19 dalam komuniti di Mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di Daerah Keningau. Berdasarkan siasatan awal, aktiviti…
Read MoreIndonesia catat 1 juta dos sehari
JAKARTA 27 Jun – Indonesia terus mencatatkan rekod vaksinasi penduduknya apabila satu juta dos diberikan sehari, memenuhi sasaran lebih awal yang ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo. Sabtu lalu, sebanyak 1.31 juta dos diberikan kepada penduduk dan semalam program vaksinasi berjaya merekodkan 1,083,632 dos. Jokowi baru-baru ini meletakkan sasaran satu juta dos sehari diberikan kepada penduduk pada awal bulan depan (Julai) bagi mendepani penularan wabak yang semakin meningkat. Sehingga semalam, jumlah penerima vaksin di Indonesia meningkat kepada 27,115,763 orang di mana 13,109,031 sudah pun melengkapkan dua dos. Sasaran penerima vaksin adalah…
Read MoreLebih 2.886 bilion dos disuntik
LEBIH 2.886 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 1.165 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat dengan sebanyak 322 juta dos dan India, 321 juta dos. Negara lain yang mencatat jumlah pemberian dos melebihi 89 juta adalah Brazil sementara United Kingdom melebihi 77 juta. Jerman merekodkan 71.4 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 50 juta dan 49 juta dos vaksin. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.99
PUTRAJAYA 28 Jun – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia berada di paras 0.99 semalam (Ahad) berbanding 0.97 pada hari sebelumnya. Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.12. Ini diikuti Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Perak, Kedah, Johor, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan, Terengganu. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus,…
Read More