Indonesia catat 1 juta dos sehari

JAKARTA  27 Jun – Indonesia terus mencatatkan rekod vaksinasi penduduknya apabila satu juta dos diberikan sehari, memenuhi sasaran lebih awal yang ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo.

Sabtu lalu, sebanyak 1.31 juta dos diberikan kepada penduduk dan semalam program vaksinasi berjaya merekodkan 1,083,632 dos.

Jokowi baru-baru ini meletakkan sasaran satu juta dos sehari diberikan kepada penduduk pada awal bulan depan (Julai) bagi mendepani penularan wabak yang semakin meningkat.

Sehingga semalam, jumlah penerima vaksin di Indonesia meningkat kepada 27,115,763 orang di mana 13,109,031 sudah pun melengkapkan dua dos.

Sasaran penerima vaksin adalah 40,349,049 orang.

(DATA 27/06/2021)

Related posts

Leave a Comment