Lebih 2.886 bilion dos disuntik

LEBIH 2.886 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.165 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti  Amerika Syarikat dengan sebanyak 322 juta dos dan India, 321 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah pemberian dos melebihi 89 juta adalah Brazil sementara United Kingdom melebihi 77 juta.

Jerman merekodkan 71.4 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 50 juta dan 49 juta dos vaksin.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 39 juta dos, diikuti Filipina melebihi 9.5 juta dos, Malaysia lebih 7.03 juta dos dan Singapura dengan lebih 5 juta dos.

Related posts

Leave a Comment