Dah boleh ‘dine-in’ di Sabah

KOTA KINABALU 28 Jun – Mulai esok,  Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.

Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.

Dalam kenyataan pada Isnin, Hajiji turut menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.

“Selain itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Related posts

Leave a Comment