7.4 juta dos suntikan vaksin

PUTRAJAYA 28 Jun – Hampir 7.4 juta dos vaksin sudah disuntik di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Semalam, sejumlah 168,956 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan yang diagihkan 7,395,905.

Daripada jumlah itu, lebih 5.3 juta atau 16.3 peratus individu sudah menerima dos pertama, manakala 2.08 juta atau 6.4 peratus lengkap dua dos suntiukan vaksin.

Sementara itu, jumlah pemberian vaksin pada Ahad menurun lagi kepada 168,956 dos berbanding 187,877 pada hari sebelumnya.

Ia mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut selepas lima hari berturut-turut sebelum itu mencatatkan angka melebihi 200,000.

Kadar pemberian vaksin harian tertinggi dicatatkan adalah 268,604 dos pada 24 Jun lalu.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham menunjukkan Sarawak kekal penerima tertinggi dos pertama vaksin dengan 953,982.

Ini diikuti Kuala lumpur 932,659, Selangor (851,118), Johor (430,145), Sabah (372,421), Perak (304,672), Pulau Pinang (265,670), Kedah (224,536), Kelantan (203,288), Pahang (197,704), Negeri Sembilan (165,697), Terengganu (143,387), Melaka (129,604), Perlis (66,106), Putrajaya (36,279) dan Labuan (31,581).

Related posts

Leave a Comment