Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 28 Jun – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia berada di paras 0.99 semalam  (Ahad) berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.12.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Perak, Kedah, Johor, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan, Terengganu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment