PUTRAJAYA 29 Jun – Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Beliau berkata daripada jumlah itu, penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan 2,130,051 orang telah melengkapi dua dos vaksinasi. Semalam sebanyak 197,274 dos vaksin Covid-19 telah diberikan. Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825).
Read MoreMonth: June 2021
Tiada tarikh sifar risiko Covid-19
LONDON : “Tidak akan ada tarikh yang sifar risiko Covid-19. Kita tahu bahawa kita tidak boleh dengan mudah menghapuskannya. Kita harus belajar untuk hidup dengannya,” Itu kata Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Beliau yang baharu dilantik ke jawatan itu menggantikan Matt Hancock memberitahu House of Commons, tidak ada alasan untuk mengekalkan sekatan sosial yang dilaksanakan ketika ini selepas tarikh 19 Julai. “Saya menghabiskan hari pertama saya sebagai menteri kesihatan baru semalam melihat data dan mengujinya. Walaupun kita memutuskan untuk tidak meneruskan fasa keempat, kita tiada alasan untuk melepasi 19 Julai.…
Read MoreKajian kombinasi vaksin lebih baik
KAJIAN Universiti Oxford menunjukkan kombinasi vaksin Pfizer-BionTech dan AstraZeneca mampu menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik berbanding dua dos suntikan daripada vaksin sama. Kajian Com-COV itu, memberikan vaksin Pfizer selepas empat minggu pemberian vaksin AstraZeneca. Kombinasi dua dos vaksin berbeza itu didapati menghasilkan tahap antibodi yang tinggi terhadap protein spike koronavirus. Data tersebut menawarkan alternatif kepada AstraZeneca sebagai suntikan kedua selepas vaksin tersebut dikaitkan dengan isu pembekuan darah. Menurut laporan media, Profesor Matthew Snape yang bertanggungjawab terhadap kajian itu berkata, penemuan itu dapat digunakan untuk memberi kelonggaran kepada penggunaan…
Read MoreDiskaun TNB sepanjang PKP 3.0
PUTRAJAYA 29 Jun – Seramai 2.9 juta pengguna elektrik domestik di semenanjung Malaysia yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 Kilowatt jam (kWJ), bakal menikmati diskaun 40 peratus. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata seramai 1.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201kWj hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun 15 peratus. Selain itu, seramai 2.4 juta pengguna domestik dengan penggunaan elektrik antara 301kWj hingga 600kWj akan menerima diskaun 10 peratus. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, bagi pengguna bukan domestik di semenanjung, kerajaan bersetuju memberikan diskaun…
Read MoreDos ke-3 hasil tindak balas imun kuat.
LONDON: Kajian Universiti Oxford mendapati dos ketiga vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca menghasilkan tindak balas imun yang kuat. Menurut kajian itu, suntikan ketiga meningkatkan tindak balas imun antibodi dan sel-T, sementara dos kedua yang ditangguhkan hingga 45 minggu juga meningkatkan tindak balas imun. Bagaimanapun belum ada bukti bahawa suntikan tambahan diperlukan terutama ketika kekurangan bekalan vaksin di beberapa negara. Pengarah Kumpulan Vaksin Oxford, Andrew Pollard berkata, bukti menunjukkan vaksin sedia ada melindungi daripada varian semasa untuk jangka masa panjang, di mana suntikan tambahan kemungkinan tidak diperlukan. Kajian sebelum ini menunjukkan, vaksin yang…
Read MoreJokowi sasar 2 juta dos sehari
JAKARTA 29 Jun – Selepas berjaya merekodkan satu juta vaksinasi sehari baru-baru ini, 26 Jun, Presiden Joko Widodo meletak sasaran baharu iaitu dua juta dos sehari pada bulan Ogos ini. Dalam satu ucapan melalui YouTube Sekretariat Presiden semalam, beliau berkata pencapaian 1.3 juta suntikan pada Sabtu lalu adalah hasil kerjasama semua pihak dan berharap sasaran satu juta sehari dipertahankan sehingga akhir Julai. Katanya, pencapaian itu boleh dilakukam berkat kerja keras dan kerjasama semua pihak, terutama Kementerian Kesihatan, TNI Polri, pemerintah daerah, BUMN dan pihak swasta yang turut membantu. Jokowi dalam…
Read MoreBenua Afrika perlu bantuan segera
SISTEM kesihatan di Benua Afrika berdepan risiko lumpuh dan berdepan gelombang jangkitan Covid-19 berulang jika tidak ada bantuan antarabangsa yang signifikan dan segera termasuk bekalan vaksin dan kewangan. Kebimbangan itu disuarakan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika benua itu berdepan kemungkinan jangkitan Covid-19 melepasi kadar tertinggi dalam tempoh beberapa hari sahaja. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini sudah menyuarakan ketidakadilan agihan vaksin yang turut melibatkan negara di benua Afrika itu. Menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva, antara yang paling terjejas adalah kawasan sub-Sahara, dengan kadar vaksinasi terendah di dunia, iaitu…
Read MoreDelta, risiko longgar sekatan
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bimbang dengan penyebaran pantas varian Delta yang mudah menular dan berisiko mendatangkan prospek tidak baik, berdasarkan nasihat saintifik daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC). Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Margaritis Schinas, berkata ramalan menunjukkan varian Delta akan menyumbang 90 peratus kes koronavirus pada akhir bulan Ogos. Kebimbangan ini disuarakan ketika mesyuarat jawatankuasa Parlimen Eropah mengenai alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan makanan. Schinas berkata, pemodelan ECDC menunjukkan kelonggaran sekatan Covid-19 yang lebih banyak akan menyebabkan peningkatan signifikan dalam kes harian. Ini akan meningkatkan jumlah kemasukan…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 1.0
PUTRAJAYA 29 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) Covid-19 di Malaysia terus mengalami ketidaktentuan sejak seminggu lalu apabila angka itu berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 pada hari sebelumnya. Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Melaka 1.10, Perak 1.08, Negeri Sembilan 1.07 dan Pahang 1.04, dan Selangor 1.02, Ini diikuti Kuala Lumpur (0.99), Sarawak (0.95), Kedah (0.94), Perlis (0.94), Labuan (0.92), Johor (0.91) dan Putrajaya (0.90). Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun…
Read More