7,5931,179 dos vaksin PICK

PUTRAJAYA 29 Jun – Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata daripada jumlah itu,  penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan 2,130,051 orang telah melengkapi dua dos vaksinasi.

Semalam sebanyak 197,274 dos vaksin Covid-19 telah diberikan.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825).

Related posts

Leave a Comment