Kadar kebolehjangkitan 1.0

PUTRAJAYA 29 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) Covid-19 di Malaysia terus mengalami ketidaktentuan sejak seminggu lalu apabila angka itu berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului  Melaka 1.10, Perak 1.08, Negeri Sembilan 1.07 dan Pahang 1.04, dan Selangor 1.02,

Ini diikuti Kuala Lumpur (0.99), Sarawak (0.95), Kedah (0.94), Perlis (0.94), Labuan (0.92), Johor (0.91) dan Putrajaya (0.90).

Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment