Lapan ekor singa positif Covid-19

NEW DELHI: Lapan ekor singa Asia di taman haiwan India  – Nehru Zoological Park Hyderabad dikesan dijangkiti Covid-19.

Menurut Kementerian Sekitaran, Hutan dan Perubahan Iklim India, singa-singa tersebut menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah pernafasan.

Hasil ujian yang dijalankan ke atas singa-singa itu diperoleh di tengah-tengah kenaikan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di India.

Bagaimanapun tiada bukti haiwan itu boleh menjangkiti manusia.

“Berdasarkan pengalaman dengan haiwan-haiwan di taman haiwan lain di dunia yang pernah positif SARS-COV2 tahun lalu, tiada bukti bahawa haiwan boleh menyebarkan virus itu kepada manusia,” kata kementerian berkenaan.

Taman Haiwan Nehru kini sudah ditutup.

Related posts

Leave a Comment