Delta, risiko longgar sekatan

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bimbang dengan penyebaran pantas varian Delta yang mudah menular dan berisiko mendatangkan prospek tidak baik, berdasarkan nasihat saintifik daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC).

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Margaritis Schinas, berkata ramalan menunjukkan varian Delta akan menyumbang 90 peratus kes koronavirus pada akhir bulan Ogos.

Kebimbangan ini disuarakan ketika mesyuarat jawatankuasa Parlimen Eropah mengenai alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan makanan.

Schinas berkata, pemodelan ECDC menunjukkan kelonggaran sekatan Covid-19 yang lebih banyak akan menyebabkan peningkatan signifikan dalam kes harian.

Ini akan meningkatkan jumlah kemasukan pesakit ke hospital dan risiko kematian.

Beliau juga bimbang tindakan membenarkan perlawanan separuh akhir dan akhir Euro 2020 diadakan dengan kapasiti penonton yang tinggi di Stadium Wembley.

Jelasnya, ada trend yang sangat membimbangkan, sesuatu yang memaksa untuk semua orang terus berwaspada.

“Dan senario pemodelan ECDC dengan jelas menunjukkan kelonggaran sepanjang musim panas pada awal bulan Jun akan menyebabkan kenaikan kes harian yang cepat dan ketara di semua kumpulan usia dengan peningkatan yang berkait rapat di hospital dan mungkin kematian,” kata Schinas.

Related posts

Leave a Comment