Kajian kombinasi vaksin lebih baik

KAJIAN Universiti Oxford menunjukkan kombinasi vaksin Pfizer-BionTech dan AstraZeneca mampu menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik berbanding dua dos suntikan daripada vaksin sama.

Kajian Com-COV itu, memberikan vaksin Pfizer selepas empat minggu pemberian vaksin AstraZeneca.

Kombinasi dua dos vaksin berbeza itu didapati menghasilkan tahap antibodi yang tinggi terhadap protein spike koronavirus.

Data tersebut menawarkan alternatif kepada AstraZeneca sebagai suntikan kedua selepas vaksin tersebut dikaitkan dengan isu pembekuan darah.

Menurut laporan media, Profesor Matthew Snape yang bertanggungjawab terhadap kajian itu berkata, penemuan itu dapat digunakan untuk memberi kelonggaran kepada penggunaan vaksin.

Tindak balas antibodi tertinggi dilihat pada individu yang menerima dua dos vaksin Pfizer dengan kedua-dua jadual gabungan vaksin menghasilkan tindak balas yang lebih baik berbanding dua dos vaksin AstraZeneca.

Suntikan AstraZeneca diikuti oleh Pfizer menghasilkan tindak balas sel T terbaik dan juga tindak balas antibodi yang lebih tinggi berbanding Pfizer diikuti oleh AstraZeneca.

Com-COV juga memantau jadual gabungan selama selang 12 minggu dan Snape berkata suntikan AstraZeneca diketahui menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik dengan selang waktu yang lebih lama di antara dos.

Related posts

Leave a Comment