WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta. Sebelum ini dalam jangka masa dua minggu berakhir 22 Mei kes varian Delta hanya 2.8 peratus, meningkat kepada 9.5 peratus dalam tempoh dua minggu berakhir 5 Jun. Untuk tempoh dua minggu sehingga 19 Jun kes jangkitan diramal meningkat kepada 20.6 peratus dan dijangka lebih tinggi di beberapa wilayah. Varian itu pertama kali muncul di India dan pantas merebak ke seluruh dunia. Dilaporkan 77 negara dunia telah terjejas dengan varian itu termasuk di United…
Read MoreMonth: June 2021
Brunei catat kes import ke-116
BANDAR SERI BEGAWAN 26 Jun – Brunei Darussalam mencatatkan satu lagi kes import semalam – kes import ke-116 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seramai 257 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, kes melibatkan seorang lelaki berumur 23 tahun yang tiba dari United Kingdom melalui Singapura pada 11 Jun 2021. Hasil siasatan mengesahkan tidak ada kontak rapat memandangkan kes ini dikuarantin sebaik tiba ke negara ini dan keseluruhan pengendalian perjalanan semasa ketibaan dan pengasingan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, Brunei Darussalam mencatatkan 415 hari kes…
Read MoreLebih 7 juta dos disuntik
PUTRAJAYA 26 Jun – Setakat semalam, sebanyak 7,039,072 dos vaksin Covid-19 telah diberikan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Katanya, sebanyak 215,968 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara semalam. “Jumlah penerima dos pertama mencecah 5,072,714 orang atau 15.5 peratus daripada populasi negara, manakala 1,966,358 individu atau enam peratus sudah menerima dos kedua,” katanya menerusi Twitter, hari ini. Jumlah itu juga menyaksikan kapasiti harian pemberian vaksin di seluruh negara kekal mencatat lebih 200,000 untuk lima hari berturut-turut, yang membantu memastikan peralihan…
Read MoreKadar Rt Covid-19 turun sedikit
PUTRAJAYA 26 Jun – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 0.96 semalam berbanding 0.98 kelmarin. Ia bermakna nilai Rt seluruh negara kekal di bawah 1.0 untuk 20 hari berturut-turut sejak 6 Jun lalu. Lima negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan, dengan Rt di satu negeri melebihi 1.0. Rt tertinggi semalam dicatatkan di Negeri Sembilan dengan 1.04, disusuli Sarawak (0.99), Melaka (0.99), Selangor (0.97) dan Kedah (0.97), selain Labuan yang mencatat nilai sama dengan purata kebangsaan iaitu 0.96. Terengganu pula mencatat Rt terendah semalam dengan 0.66, selain Kelantan…
Read MoreSOP ibadah korban di Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 26 Jun – Ibadah korban dibenarkan bermula pada Hari Raya Aidiladha dan tiga Hari Tasyrik, mulai pukul 6 pagi hingga 6 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau memaklumkan, sebanyak 27 buah rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dibenar menjalankan proses penyembelihan dengan kehadiran tidak melebihi 10 orang termasuk petugas. Begitu juga dengan 35 buah rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan DVS, serta masjid dan surau dengan kelulusan DVS atau pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa agama atau pejabat kesihatan daerah.…
Read MoreDelta dan Kappa melonjak di Itali
VARIAN koronavirus Delta dan Kappa melonjak di Itali dan menyumbang hampir 17 peratus daripada jumlah kes Covid-19 sejak Mei lalu. Berdasarkan data, kes varian Kappa dan Delta meningkat daripada 4.2 peratus pada bulan Mei menjadi 16.8 peratus pada bulan Jun. Menurut Institusi Kesihatan Nasional (ISS) Itali, pemantauan epidemiologi menunjukkan varian Delta berkembang pesat dan seperti negara Eropah lain, varian tersebut sedang dominan. Varian koronavirus Alpha tetap menjadi varian yang paling dominan di Itali setakat ini, mewakili 74.9 peratus. Itali mencatakan 127,380 kematian dengan 4.26 juta kes dilaporkan sejak Februari tahun…
Read MoreVarian Delta mudah menular
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Covid-19 Delta yang pertama kali dikesan di India merupakan varian paling mudah menular setakat ini dengan merebak di sekurang-kurangnya 85 negara. Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkat, WHO bimbang tentang peningkatan jangkauan varian Delta terutamanya dalam kalangan penduduk yang tidak divaksinasi. “Kita sudah mula melihat peningkatan penularan varian Delta ini di seluruh dunia. Lebih banyak kes bermaksud lebih banyak kemasukan ke hospital yang kemudian akan menyebabkan tekanan kepada petugas kesihatan dan sistem kesihtan dan akhir sekali peningkatan jumlah kes kematian. “Seperti yang…
Read More2.8 bilion dos vaksin disuntik
LEBIH 2.80 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat, 25 Jun 2021, demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 1.12 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat sebanyak 320 juta dos manakala India dengan 307 juta dos. Brazil merekodkan lebih 88 juta dos, United Kingdom (UK) lebih 76 juta dos, Jerman dengan 70 juta dos manakala Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 37 juta, mengatasi negara…
Read More