Kadar Rt Covid-19 turun sedikit

PUTRAJAYA 26 Jun – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 0.96 semalam berbanding 0.98 kelmarin.

Ia bermakna nilai Rt seluruh negara kekal di bawah 1.0 untuk 20 hari berturut-turut sejak 6 Jun lalu.

Lima negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan, dengan Rt di satu negeri melebihi 1.0.

Rt tertinggi semalam dicatatkan di Negeri Sembilan dengan 1.04, disusuli Sarawak (0.99), Melaka (0.99), Selangor (0.97) dan Kedah (0.97), selain Labuan yang mencatat nilai sama dengan purata kebangsaan iaitu 0.96.

Terengganu pula mencatat Rt terendah semalam dengan 0.66, selain Kelantan yang merekodkan 0.80.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Related posts

Leave a Comment