2.8 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 2.80 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat, 25 Jun 2021, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.12 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat sebanyak 320 juta dos manakala India dengan 307 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 88 juta dos, United Kingdom (UK) lebih 76 juta dos,  Jerman dengan 70 juta dos manakala Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 37 juta, mengatasi negara jiran lain.

Filipina merekodkan lebih 8.9 juta dos diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 6.5 juta dos dan Singapura dengan lebih 5 juta dos.

Related posts

Leave a Comment