JAKARTA 26 Jun – Lonjakan kes terus berlaku di Indonesia apabila 21,095 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kenaikan harian tertinggi berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 2,093,962 kes tertinggi dalam kalangan negara di Asia Tenggara. Untuk rekod, jumlah kes tertinggi sebelum ini adalah pada 25 Jun dengan merekodkan 20,574 kes, pada 21 Jun 14,536 kes dan 15,308 pada 23 Jun. Pada masa yang sama, sebanyak 358 kematian akibat koronavirus dilaporkan, menjadikan angka korban meningkat kepada 56,729 orang.…
Read MoreMonth: June 2021
PKPD di 7 kawasan Sabah, Pahang
KUALA LUMPUR 26 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikenakan di tujuh kawasan di Sabah dan Pahang, mulai Isnin ini sehingga 11 Julai berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata di Pahang, PKPD akan dilaksanakan di Tringkap, Cameron Highlands dan sekitar Bandar Jerantut. Di kawasan Tringkap, dalam tempoh dua minggu sebanyak 70 kes dikesan hasil saringan ke atas 592 orang penghuni di lokaliti itu. “Di Bandar Jerantut, dalam tempoh 15 hari sehingga semalam (26 Jun) terdapat 186 kes positif Covid-19 dilaporkan selepas 421 penduduk…
Read MoreKes harian kekal lebih 5,000
PUTRAJAYA 26 Jun – Kes jangkitan harian Covid-19 masih kekal melebihi 5,000 kes apabila jumlah yang direkodkan hari ini sebanyak 5,803 berbanding 5,812 yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan 728,462 kes. Daripada jumlah kes positif yang direkodkan hari ini, sebanyak 5,793 merupakan kes tempatan sementara 10 lagi kes import. “Sebanyak 5,193 kes sembuh dengan menjadi jumlah kes sembuh di negara ini ialah 662,932 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham juga memaklumkan, sebanyak 81 lagi kes kematian direkodkan…
Read More92 kematian di Filipina
MANILA 26 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,871 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,391,911. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 92 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 24,244 kematian. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1,314,220 orang atau 94.4 peratus termasuk 8,720 orang pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 53,447 atau 3.8 peratus daripada keseluruhan kes.
Read MoreThailand 51 kematian 4,161 kes
BANGKOK 26 Jun – Thailand merekodkan 51 lagi pesakit meninggal dunia dan 4,161 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,870 kematian dan 240,452 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, 4,089 kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import dan 72 lagi dalam kalangan banduan penjara. Sejak pandemik Covid-19 bermula, setakat hari ini 196,675 pesakit sembuh termasuk 3,569 orang yang dilaporkan pulih hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), bagi kes kematian pula, usia mereka yang meninggal dunia adalah antara 15 hingga 92 tahun dengan purata umur 67…
Read More17 kes baharu di Singapura
SINGAPURA 26 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import, demikian menurut Kementerian Kesihatan hari ini. Dengan pertambahan 17 kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 62,530. Enam kes dalam masyarakat tidak ada hubung kait dengan jangkitan terdahulu manakala empat daripada tujuh kes yang ada kaitan dengan kes terdahulu sudah dikuarantin. Tiga daripada empat kes import pula adalah rakyat atau penduduk tetap yang pulang ke sini dan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar (SHN) sejurus tiba di Singapura.
Read MoreKaji keperluan suntikan booster ketiga
KUALA LUMPUR 26 Jun – Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes Covid-19 yang melibatkan varian Delta serta keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata negara-negara maju sedang membuat perolehan vaksin untuk tahun hadapan kerana mereka menjangkakan kemungkinan terdapat keperluan untuk memberikan suntikan booster ketiga. “Kami ingin mendapatkan data lebih baik mengenai berapa lama perlindungan vaksin ini bertahan dan apa butiran diperlukan dalam menawarkan vaksin dos ketiga. Ini untuk jangkaan tahun hadapan,” katanya selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV)…
Read MoreSelangor kekal kes tertinggi
PUTRAJAYA 26 Jun – Hanya kurang 79 kes tetapi Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan merekodkan 2,108 berbanding 2,187 kes semalam. Jumlah keseluruhan kes harian hari ini adalah sebanyak 5,803 berbanding 5,812 semalam iaitu penurunan hanya sembilan kes. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua kes tertinggi turut mencatatkan penurunan iaitu daripada 771 semalam kepada 628 kes. Ini diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 741 (658), Melaka 355 (223), Johor 329 (196), (223), Pahang 220 (139), Sabah 189 (156), Kedah seperti semalam 186 kes, Perak…
Read MorePKPD kilang lapis bermula
POKOK SENA 26 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah kilang papan lapis di sini bermula hari ini sehingga 9 Julai depan selepas 10 pekerja didapati positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, PKPD itu turut melibatkan dua blok bangunan asrama yang menempatkan 1,000 pekerja. Sehubungan itu, beliau berkata, 40 anggota polis akan ditempatkan di dua pos kawalan yang dibuka di hadapan pintu kilang bagi mengawal pergerakan keluar masuk. Kawasan kilang ini dan ada dua blok asrama yang menempatkan 300 orang lebih…
Read MoreTiga vaksin ibu mengandung
PUTRAJAYA 26 Jun – Vaksin keluaran Pfizer-BionNTech kekal disyorkan kepada golongan ibu mengandung di samping AstraZeneca dan Sinovac juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian untuk golongan berkenaan. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ibu mengandung kekal menjadi penerima vaksin Covid-19 berkeutamaan tinggi berikutan risiko jangkitan. Berdasarkan panduan yang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan ketiga-tiga vaksin yang diberikan sekarang adalah sesuai untuk ibu mengandung. “Pfizer kekal disyorkan sementera AstraZeneca dan Sinovac kini diklasifikasikan sebagai bersesuaian di mana…
Read More