Delta dan Kappa melonjak di Itali

VARIAN koronavirus Delta dan Kappa melonjak di Itali dan menyumbang hampir 17 peratus daripada jumlah kes Covid-19 sejak Mei lalu.

Berdasarkan data, kes varian Kappa dan Delta meningkat daripada 4.2 peratus pada bulan Mei menjadi 16.8 peratus pada bulan Jun.

Menurut  Institusi Kesihatan Nasional (ISS) Itali, pemantauan epidemiologi menunjukkan varian Delta berkembang pesat dan seperti negara Eropah lain, varian tersebut sedang dominan.

Varian koronavirus Alpha tetap menjadi varian yang paling dominan di Itali setakat ini, mewakili 74.9 peratus.

Itali mencatakan 127,380 kematian dengan 4.26 juta kes dilaporkan sejak Februari tahun lalu.

Sementara itu, seluruh Itali akan diisytiharkan sebagai zon putih pada 28 Jun ini dan pemakaian pelitup muka bukan lagi diwajibkan .

Bagaimanapun orang ramai dingatkan lebih berhati-hati dengan varian baharu dan digalakkan  mengguna pelitup di tempat tertutup dan kawasan sesak .

Related posts

Leave a Comment