Brunei catat kes import ke-116

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Jun – Brunei Darussalam mencatatkan satu lagi kes import semalam – kes import ke-116 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seramai 257 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes melibatkan seorang lelaki berumur 23 tahun yang tiba dari United Kingdom melalui Singapura pada 11 Jun 2021.

Hasil siasatan mengesahkan tidak ada kontak rapat memandangkan kes ini dikuarantin sebaik tiba ke negara ini dan keseluruhan pengendalian perjalanan semasa ketibaan dan pengasingan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, Brunei Darussalam mencatatkan 415 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Sehingga semalam, sembilan kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes  dalam keadaan  baik.

Jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini adalah 245 orang, manakala

695 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dan seramai 20,513 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment