Varian Delta mudah menular

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Covid-19 Delta yang pertama kali dikesan di India merupakan varian paling mudah menular setakat ini dengan merebak di sekurang-kurangnya 85 negara.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkat, WHO bimbang tentang peningkatan jangkauan varian Delta terutamanya dalam kalangan penduduk yang tidak divaksinasi.

“Kita sudah mula melihat peningkatan penularan varian Delta ini di seluruh dunia.

Lebih banyak kes bermaksud lebih banyak kemasukan ke hospital yang kemudian akan menyebabkan tekanan kepada petugas kesihatan dan sistem kesihtan dan akhir sekali peningkatan jumlah kes kematian.

“Seperti yang kami telah katakan sebelum ini, varian baharu dijangka dan akan terus dilaporkan kerana itulah sifat virus,” jelasnya.

Sebelum ini, WHO menyatakan dua dos vaksin Covid-19 mampu memberi perlindungan kuat terhadap varian tersebut.

Namun agensi kesihatan itu memberi amaran kurangnya akses terhadap vaksin di negara-negara miskin yang hanya menerima kurang daripada dua bilion dos setakat ini sekaligus berada dalam risiko.

Tambah Dr Tedros, penularan koronavirus yang tidak diperiksa dapat menyebabkan munculnya lebih banyak varian lebih-lebih lagi sifat virus itu ialah berkembang.

Related posts

Leave a Comment