Thailand 51 kematian 4,161 kes

BANGKOK 26 Jun – Thailand merekodkan 51 lagi pesakit meninggal dunia dan 4,161 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,870 kematian dan 240,452 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 4,089 kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import dan 72 lagi dalam kalangan banduan penjara.

Sejak pandemik Covid-19 bermula, setakat hari ini 196,675 pesakit sembuh termasuk 3,569 orang yang dilaporkan pulih hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), bagi kes kematian pula, usia mereka yang meninggal dunia adalah antara 15 hingga 92 tahun dengan purata umur 67 tahun dan melibatkan 31 lelaki.

Bangkok merekodkan 23 kematian, Nonthaburim (7), Samut Prakan (4), masing-masing tiga di Nakhon Pathom, Pathum Thani dan Pattani serta masing-masing satu di Phuket, Chon Buri, Chaiyaphum, Prachuap Khiri Khan, Chiang Rai, Narathiwat, Yala dan Nakhon Ratchasima.

Kes jangkitan harian tertinggi direkodkan di Bangkok dengan 1,276 kes diikuti Samut Prakan 322, Chon Buri 320, Samut Sakhon 291, Pathum Thani 228, Songkhla 215, Nonthaburi 196, Pattani 150, Nakhon Pathom 135 dan Yala 135.

Sebanyak 19 kes import melibatkan ketibaan dari Somalia, Afghanistan, Indonesia, Malaysia dan Kemboja.

Mereka terdiri daripada 17 warga Thai, seorang doktor Afghanistan dan seorang warga Indonesia.

Sementara itu daripada 41,907 orang yang dirawat di hospital, 1,662 dalam keadaan kritikal dan 470 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Semalam 324,055 orang menerima suntikan vaksin menjadikan jumlah keseluruhan 8.98 juta orang  iaitu 6.43 juta bagi dos pertama dan 2.55 juta dos kedua.

Related posts

Leave a Comment