SINGAPURA 27 Jun – Seorang wanita tempatan berusia 84 tahun meninggal dunia akibat komplikasi ekoran jangkitan Covid-19, kematian ke-36 dicatatkan Singapura sejak penularan pandemik Mac tahun lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), wanita itu diuji bagi Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat MOH bagi pengunjung ke Blok 115 dan 116 Bukit Merah View, dan disahkan mengalami jangkitan pada hari sama. Wanita itu adalah sebahagian daripada kelompok lapan kes yang terkait dengan Kes 64264, iaitu seorang pekerja pembantu rumah asing Indonesia berusia 32 tahun. Beliau belum diberi vaksin dan…
Read MoreMonth: June 2021
Menteri Kesihatan UK letak jawatan
LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk meletak jawatan, sehari selepas memohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita disiarkan sebuah akhbar. Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson dan Johnson menerima peletakan jawatan Hancock dengan rasa sedih. Dalam surat berkenaan, Hancock berkata, beliau mengamb tanggungjawab dengan apa yang berlaku. Katanya, semasa pandemik, rakyat meletakkan harapan tinggi kepadanya dan beliau berhutang kepada mereka dalam situasi berkenaan. Dalam pada itu, Downing Street memaklumkan, bekas Canselor, Sajid Javid akan menggantikan Hancock untuk…
Read MoreBerita pilihan…
Media Hari Ini 27.06.2021
NZ gantung perjalanan bebas kuarantin
WELLINGTON: New Zealand hari ini menggantung aturan perjalanan bebas kuarantin dengan Australia selama tiga hari, dengan Wellington merujuk kepada “beberapa” penularan Covid-19 di negara jiran itu. Pengumuman itu dibuat ketika perintah berkurung selama dua minggu dimulakan di Sydney bagi membendung penularan pantas varian Delta koronavirus. Lebih 80 kes dilaporkan di bandar terbesar Australia itu sejauh ini manakala segelintir kes dalam masyarakat juga dicatatkan di Wilayah Utara, Victoria dan Queenslands sejak beberapa hari lalu. “Namun, memandangkan kadar tinggi penularan jangkitan yang dikatakan daripada varian Delta serta hakikat bahawa kini terdapat beberapa…
Read MoreBerkurung lebih ketat di Sydney
SYDNEY: Sydney melaksanakan langkah berkurung yang ketat selama dua minggu mulai Sabtu (26 Jun) ketika pihak berkuasa berusaha membendung penularan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit di bandar terbesar di Australia itu. Lebih daripada sejuta orang di pusat bandar Sydney dan pinggir bandar timur bandar itu sudahpun dikenakan perintah berkurung akibat penularan itu, namun pihak berkuasa kesihatan mengumumkan mereka perlu memperluaskan lagi langkah tersebut setelah lebih banyak kes Covid-19 dicatatkan, dengan tapak pendedahan meningkat di luar kawasan yang awalnya menimbulkan keprihatinan. Langkah penutupan itu, yang diumumkan oleh Ketua Menteri…
Read More1,301 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 26 Jun – Arab Saudi merekodkan merekodkan 1,301 kes baharu Covid-19 dengan 17 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 482,003 kes dan 7,760 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,376 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 463,004 orang. Makkah masih mendahului kes harian tertinggi iaitu 306 diikuti Riyadh 298, daerah Timur 225 dan Asir 185. Terdapat 11,239 kes aktif dan 1,450 dalam keadaan kritikal..
Read MoreKes di India cecah 30 juta
NEW DELHI 26 Jun – Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di India hari ini meningkat kepada 30,183,143 dengan 48,698 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, angka korban naik kepada 394,493 setelah 1,183 kematian akibat koronavirus dilaporkan sejak pagi Jumaat. Terdapat 595,565 kes aktif di negara itu, merosot sebanyak 17,303 kes sepanjang tempoh 24 jam lalu dan dalam tempoh sama 64,818 kes sembuh dilaporkan. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 86 hari kurang 600,000 kes aktif dicatatkan. Sejak pandemik itu melanda India, lebih 29.1 juta pesakit…
Read MoreSembilan kluster tempat kerja
PUTRAJAYA 26 Jun – Sebanyak 14 lagi kluster baharu dikesan di negara ini dengan sembilan daripadanya merupakan Kluster Tempat Kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini meningkat kepada 868 kluster manakala sebanyak 1,887 kluster telah diisytiharkan tamat. Daripada jumlah Kluster Tempat Kerja, tiga dikesan di Selangor masing-masing membabitkan daerah Kuala Langat dan Sepang (Kluster Industri Tanjung Suria); dan dua di daerah Sepang iaitu Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama dan Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi. Dua kluster di Johor membabitkan…
Read MoreKenyataan PKP 3.0 lanjut palsu
KUALA LUMPUR 26 Jun – Kementerian Pertahanan menafikan telah mengeluarkan kenyataan kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi seperti tersebar di media sosial hari ini. Gambar yang tular mengenai kenyataan media menteri berkenaan disahkan palsu. Kementerian Pertahanan membuat penafian itu di dalam Facebook kementerian berkenaan pada Sabtu. Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021. Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas…
Read More