SINGAPURA 26 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import, demikian menurut Kementerian Kesihatan hari ini.
Dengan pertambahan 17 kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 62,530.
Enam kes dalam masyarakat tidak ada hubung kait dengan jangkitan terdahulu manakala empat daripada tujuh kes yang ada kaitan dengan kes terdahulu sudah dikuarantin.
Tiga daripada empat kes import pula adalah rakyat atau penduduk tetap yang pulang ke sini dan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar (SHN) sejurus tiba di Singapura.
