Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 26 Jun – Hanya kurang 79 kes tetapi Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan merekodkan 2,108 berbanding 2,187 kes semalam.

Jumlah keseluruhan kes harian hari ini adalah sebanyak 5,803 berbanding 5,812 semalam iaitu penurunan hanya sembilan kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua kes tertinggi turut mencatatkan penurunan iaitu daripada 771 semalam kepada 628 kes.

Ini diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 741 (658), Melaka 355 (223), Johor 329 (196), (223), Pahang 220 (139), Sabah 189 (156), Kedah  seperti semalam 186 kes, Perak 137 (72), Kelantan 103 (98) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 24 (14). Perlis pula menambah empat kes.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur yang mencatatkan penurunan kes berbanding semalam, turut merekodkan penurunan adalah Sarawak 491 (673), Pulau Pinang 160 (270), Wilayah Persekutuan Labuan 99 (123) dan Terengganu 29 (46).

Related posts

Leave a Comment