Tiga vaksin ibu mengandung

PUTRAJAYA 26 Jun – Vaksin keluaran Pfizer-BionNTech kekal disyorkan kepada golongan ibu mengandung di samping AstraZeneca dan Sinovac juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian untuk golongan berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata,  ibu mengandung kekal menjadi penerima vaksin Covid-19 berkeutamaan tinggi berikutan risiko jangkitan.

Berdasarkan panduan yang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan ketiga-tiga vaksin yang diberikan sekarang adalah sesuai untuk ibu mengandung.

“Pfizer kekal disyorkan sementera AstraZeneca dan Sinovac kini diklasifikasikan sebagai bersesuaian di mana AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasi kepada kehamilan.

“Sinovac pula disyorkan oleh laporan interim bahagian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ibu hamil dan menyusu oleh kerana manfaatnya yang jauh lebih besar daripada potensi risiko,” katanya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata hampir 109,607 pendaftaran bagi golongan ibu mengandung telah diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,663 dijangka bersalin (Esti-mated Date of Delivery – EDD) pada bulan Ogos nanti.

“Ibu-ibu mengandung ini telah diberi keutamaan berdasarkan EDD mereka. Setakat ini, lebih daripada 10,000 telah diberi janji temu dengan nota “Expectant Mother” dijanji temu mereka.

“Pada hujung minggu ini sahaja, sebanyak lebih kurang 6,000 ibu mengandung telah dijadualkan janji temu di PPV MITEC ini dan PPV Sunway Pyramid Convention Centre untuk menerima vaksinasi mereka.

“Ini juga berlangsung di negeri-negeri lain dengan jumlah yang berbeza sepanjang minggu ini dan seterusnya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment